Saturday, February 19, 2011

Pelakon kena tahan kerana ugut pegawai SPRM kes Nikah Palsu

Seorang pelakon sebuah drama bersiri popular ditahan kerana disyaki mengugut pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang cuba mendapatkan keterangan lelaki itu berhubung dakwaan pernikahannya dipercayai menggunakan khidmat sindiket nikah palsu.

Pelakon berusia 43 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan sebaik menyerah diri di Balai Polis Kepong, di sini kira-kira jam 10 pagi semalam selepas mendapat tahu pegawai SPRM membuat laporan polis berhubung ugutan diterima mereka.

Terdahulu, dua pegawai SPRM itu dikata mengadakan pertemuan dengan pelakon terbabit kira-kira jam 11 malam Isnin lalu di sebuah kedai makan di Danau Kota, di sini untuk mendapatkan maklumat berhubung kes berkenaan.


Pelakon itu tiba bersama tiga rakannya, termasuk seorang bertindak sebagai jurucakap yang kemudian didakwa meminta pegawai SPRM menutup kes terbabit sambil memaklumkan kononnya beliau mempunyai hubungan rapat dengan pegawai atasan suruhanjaya berkenaan dan polis.

Malah, rakan pelakon itu dikatakan turut mengugut melakukan apa saja dan tidak teragak-agak menembak pegawai SPRM terbabit, selain mengugut mereka akan dibuang kerja jika enggan bekerjasama.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika mengesahkan kejadian itu, berkata dua pegawai SPRM terbabit membuat laporan berhubung ugutan berkenaan di Balai Polis Wangsa Maju sejurus selepas kejadian.

Akhbar semalam melaporkan, tokoh korporat bergelar Tan Sri dan artis adalah antara 500 pelanggan menggunakan khidmat sindiket nikah palsu yang dibongkar SPRM, Ahad lalu selepas menahan empat anggotanya termasuk seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sementara itu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz ketika dihubungi, berkata Lembaga Tata Tertib jabatan itu yang bersidang semalam membuat keputusan menggantung kerja kakitangan terbabit selama 59 hari berkuatkuasa semalam.

Bernama

Malam yang Tak mimpi (Tak boleh Tido)

Masalah tak bole tido bukan masalah biasa... masalah yang paling bahaya buat student sekalian alam..kalau tak tido malam, kelas keesokan harinya belum tentu lagi pegi...kalau pegi pon dalam kelas mengantuk last2 tido...

Insomnia....
Perkataan yang paling tepat skali nak menggambarkan situasi ni..
kalau kita tak mendapat tidur yang cukup,

kesannya.....

1. Kita tak boleh buat keje dengan betul...maybe bawah 50% keupayaan sebenar...so prestasi jatuh, komitmen lari...
2. Dah tantu skali badan tak sihat...lemah...lembik...
3. Paling dikhuatiri bila sistem pancaindera kurniaan ilahi tak sepeka sebelumnya, so terdedah kepada kemalangan yang tak diingini...
4. Yang paling teruk ni, batin terseksaaa..... tak dapat tidur lena, mimpi yang indah2...kesian....

mungkin sebabnya stress, gaduh suami isteri ke, buat assignment ke, risau itu dan ini ke...
mmg masalhnya banyak....

Cara atasi

1. Cara terbaik jumpa la pakar, atau kaunselor...
2. makan kene jaga jugak...minum air banyak..makan seimbang... kalau da nak tidur tu jangan la minum kopi atau minuman berkafein..
3. Jumpa doktor, minta nasihat atau ubat2 yang selayaknya..
4. Kalau ikut agama islam kita, ada doa kalau kita x boleh tidur malam,


Marilah kita tidur malam, sebab Allah ciptakan malam untuk kita tidur dan berehat untuk menjadi bernas di siang hari............

Thursday, February 17, 2011

Kalau Aku Son Goku (Kame Hame Ha)

1. Dah tentu skali aku nak ajar orang amerika ni kame hame ha tahap satu, tahap satu je bole ajar, kalau lebih nanti die lawan aku...sebabnye? sebab bangunan WTC yang kuat dan kukuh tu semudah tu dilanggar kapal terbang and runtuh macam tu je... Pertahanan amerika lemah sgt (time tu je kot lemah), tu yang nak ajar kame hame ha.... die punya lemah tu sampai bangunan tu nmpk macam sengaja sgt diruntuhkan... Teknologi yang die ade pon lembab, radar x berfungsi sampai x dapat halang kapal terbang tu... sampai nmpk macam sengaja pulak...kesian amerika...xpe aku ajar gerak sejurus... yang wat aku tambah kesian ialah secara kebetulan kejadian tu terabadi dalam wang kertas amerika tu...kesiannya... sampai nampak macam sengaja pulak abadikan dalam duit kertas tu...takpe takpe, nanti aku ajar kame hame ha... kalau aku jadi goku...



Wednesday, February 16, 2011

ILUSI

Ada sorang kawan aku  ni bagi kat aku...kagum la jugak sebab 1st time try... Pada yang belum cuba, cubalah... pandang pada tanda + lama2 and jangan kelip...nanti yang kaler2 pink tu hilang... Enjoyyy...

Tua yang Tua

Banyak bende dalam dunia ni tua, tp kita mesti teruja dengan bende yang paling tua... Antaranya......

1. KUIL TERTUA - kuil ini dianggarkan berusia 12000 tahun SM dan ditemui ditenggara Turki.. Percaya atau tidak ia ditemui oleh seorang petani yang membajak ladangnya dan secara kebetulan terjumpa patung di Sanliurfa..


2. AYAM TUA - Selalu kita dengar ayam tua sembelih buat makan kenduri ke buat masak kari ke, tapi tak tau umur ayam tu kan..? Ni dia, ayam berumur 22 tahun...Dikatakan bahawa, jika dibandingkan dengan umur manusia ialah bersamaan 400 tahun...wauuuu... ayam ni dimiliki oleh orang dari negara China di desa Sidazhuang  Baoshan DaerahYunnan yang bernama Yang Shaofu..beliau berusia 77 tahun..dan ternyata ayam itu diabadikan dalam rekod Guiness Book of Record..


3. HOTEL TERTUA - Hotel ni umurnya pun dah macam jin dah, 1300 tahun..hehe...gurau2.. tapi memang hampir 1300 tahun iaitu 1292 tahun..Hotel Hoshi Ryoku namanya yang terletak di negara matahari terbit Jepun..Hotel ni dah jumpa dengan 46 generasi...bayangkan la tuanya tu... yang menariknya ia masih dibuka lagi..


 4. BAPA BAYI TERTUA - Ranu Ram Jogi.. itulah nama beliau... subur lagi... isterinya melahirkan anak lagi walaupun beliau sudah berumur 90 tahun... beliau kini sudah memiliki 21 orang anak, 12 lelaki 9 perempuan, dan 20 orang cucu... itu pun beliau masih lagi nak anak walaupun umurnya dah 100 tahun katanya...hebat...

5. HAIWAN TERTUA - - Dua koloni udang kecebong, Triops cancriformis, di Caerlaverock di Pantai Solway, Dumfriesshire, bagian selatan Skotlandia di katakan spesis tertua yang masih hidup di bumi. Kata Elaine Benzies dari Universitas Glasgow, fosil menunjukkan udang itu masih sama dengan bentuk mereka 200 juta tahun lalu, saat dinosaurus pertama muncul...

Ini Ramai Tak Tahu

1. Dari Progam Pendidikan khas integrasi, seramai 1383 kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun hilang sejak tahun 2009 n masih lom ditemui.. puratanya 4 orang ilang dalam sehari..85% remaja 14-17 tahun..12% ialah 10-13 tahun..9 tahun ke bawah, 2.7%...
Ibu Bapa, waspada lebih sikit ok... abang2 kakak2, jaga adik2.. jiran2 jugak harus membantu... kalau semua amek x kesah,
nak kemane.....

2. Berdasarkan riwayat dari Aisyah r.a.,
 Tidak ada solat sunat yang paling dijaga Rasulullah selain dua rakaat fajar.

3. Banned cosmetic list from nst.com.my,


4. Pencipta bendera Malaysia yang kita kenali sebagai Jalur Gemilang ialah Allahyarham Mohamed Hamzah pada tahun 1947 dan dinaikkan buat pertama kali pada 31 Ogos 1957, iaitu pada hari kemerdekaan yg sangat bermakna negara kita...

5. Ni pasal kita, tahu kah anda bahawa dalam 24 jam rambut kita memanjang 0.94353cm dan kuku tumbuh sepanjang 0.00012cm..( bulu mata dengan kening tak tumbuh kot..hehehe)

6. Pepatah Inggeris 'The quick brown fox jumps over the lazy dog 'menggunakan ke semua 26 huruf yang ada dalam abjad.

7.  Ini adalah kemungkinan dari kajian, bahawasanya, jika seseorang itu menjawab pertanyaan dan matanya bergerak kiri, mungkin dia bercakap benar, tp jika ke kanan, kemungkinan berbohong...selain tu, orang berbohong mungkin dapat dikenali jika, berpeluh, nafas tak stabil, nada suara yang tiba2 berubah, tangan yang sentisa gerak2 seperti gosok idung ke gosok peha ke....

8. perut manusia membina lapisan setiap 3 hari sekali...

9. Kopi, teh, dan minuman soda boleh menyebabkan kita kehilangan banyak kalsium dalam badan...




10. Ini dari Wikipedia, Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009...

Harap enjoy!

Tuesday, February 15, 2011

Salah Jadi Betul (Oh Dunia Television)

All my dear saudara seislam sekalin....
Sekarang ni apa yang kita nampak kat Malaysia kita ni dah x macam dulu dah... betul x????
Apa yang selama ni ustaz2 dan ustazah2 kita ajar kat sekolah adalah salah, sekarang da jadi x salah lagi...

nmpknya ideology barat dah berkembang pesat dan terdidik dalam anak bangsa kita malah sangat maju perkembangannya...
semuanya angkara Filem2, iklan dan sebagainya... cerita2 kat malaysia pon apa kurangnya... budak2 sume ikut... lg budak2 br nak up... emosi x stabil...

Contoh:

1. AURAT

bukan ke tutup aurat tu wajib... tp sekarang pempuan2 kita nak pulak pakai tudung...

nak pulak pakai baju labuh2...

sape yang paling ketat baju n suar jean tu, die la paling market...

nmpk lurah...

tp mcm x salah kan...

macam x buat perkara terkutuk kan...

cis....nak ke mane........

sebab da selalu nmpk kat tv artis2 tu pakai baju nmpk lurah, xpe je...lame2 jdk kebiasaan..

pakai tudung,

baju ketat

kening cukur..

nak kemane...

yg artis si polan dan si polan  tu pakaian2 sume makin hari semakin bogel jek...

nak ke mane....

nak kemane...


2. CITE SERAM,

cite2 sekarang, setiap cite

mesti ada bomoh...

khurafat betul... pastu masyarakat pon terikut2... cite antu... budak2 terdidik dengan takut kepada antu.... maka nanti lahir la generasi kita yg takut pada antu...

bukan ke antu tu

jin

setan

iblis?

tp org kate xpe, terutamanya mak bapak...

macam x salah kan....

aehhhhhhhh...nk ke mane....

ade la cite petang2 tu, nak lawan dengan orang jahat, azan 3 kerat, terus fire kuar api kat tangan, salah ke x salah? bismillah, Allahuakhbar, fire pakai batu jed... terpelanting orang jht... macam khurafat betul aku tgk...

tp da jdk kebiasaan kot..

sume pon mcm tu...persenda agama...kalau macam gitu sng la, bc bismillah  tgn terus kuar api...tembak je sape2 kita nak...

aeh, nak kemane...

3. CITE INDON,

cite dongeng, cite cinta2... yg ade tu lagu soundtrack mmg Ketuhanan, tp cite xde kene mgene lgsung...yg pmpn seksi2...

ape tu?

nak kemane tu?

kalau mak bapak marah anak tgk cite omputih sgt sbb pakai seksi2...x elok...tp aku tgk cite endon pon same je.... mandi kat air terjun pakai kain batik basah... lg seksi ada la...adehhh.... mau x berahi...

nak kemane....

tp macam x salah kan...

sbb da biasa da...

cite endon bersepah2.... apa la agaknya negara islam kita ni jadi masa akan datang... sape la yg nak bendung perkara2 ni...


Kita ni Sume NAK KEMANE?