Monday, March 14, 2011

Bujang Senang (Sarawak Bumi Kenyalang)

Bujang Senang ialah nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman Sarawak. Buaya ini yang dari spesies Crocodylus porosus berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun.
Buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941. Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992 seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.
Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di Muzium Sarawak di Kuching Sarawak.
Bujang Senang dikatakan adalah binatang jelmaan, kononya jelmaan seorang pahlawan Iban bernama Simalungun.dia dibunuh dan disumpah menjadi buaya lalu dia bersumpah akan membunuh semua keturunan yg membunuh dia...
Kumpulan Wings ada menyanyikan sebuah lagu berdasarkan buaya Bujang Senang bertajuk `Bujang Senang`.


Sunday, March 13, 2011

Planet Seperti Bumi



WASHINGTON 16 Sept. – Ahli astronomi menemui sebuah planet baru di luar sistem solar, yang dipercayai mempunyai kehidupan, sekiranya suhu di planet itu tidak terlalu panas.
Para saintis telah menemui lebih daripada 300 planet di luar sistem solar setakat ini, tetapi semuanya merupakan planet yang mengandungi gas panas atau planet yang tidak mempunyai permukaan daratan.

Kini sepasukan ahli astronomi dari Eropah mengesahkan mereka telah menemui sebuah planet yang mempunyai permukaan berbatu di luar sistem solar.
“Kami percaya terdapat kehidupan di planet yang mempunyai permukaan berbatu.
“Planet yang kami baru temui ini menyerupai bentuk Bumi. Ia berada hampir dengan matahari,” kata penyelidik bersama Artie Hatzes, yang juga pengarah Makmal Penyelidikan Thuringer di Jerman.
Beliau berkata, kedudukannya yang terlalu dekat dengan matahari menyebankan suhu di permukaan planet itu melebihi 3,600 darjah Fahrenheit, terlalu panas untuk didiami.
 
-berita harian-

Propaganda je lebih... dah dalam al-Quran takde kate ade makhluk lain pon... Amerika lak tu yg jumpa... nmpk sgt...

Saturday, March 12, 2011

10 bencana terdasyat

Baru2 ni kita ada dengar tentang gempa bumi dan tsunami yang melanda bumi negara matahari terbit Jepun... kejadian yang dasyat itu bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa, malah telah melumpuhkan pelbagai aktiviti ekonomi, merosakkan bangunan2 & pelabuhan dan pelbagai lagi kerosakan... Negara Malaysia kita ni sangatlah bertuah kerana duduknya di luar lingkaran api pasifik. Alhamdulillah.. Mungkin bencana2 alam ni adalah peringatan daripada Tuhan supaya kita lebih berhati2 dalam mengejar kehidupan tanpa melupakan Tuhan yang 1. Mengimbau kembali bencana2 yang Tuhan telah turunkan pada kita. Nah, 10 bencana terdasyat.

1. Banjir Sungai Kuning (Huang He flood) – 1931, China [korban: 1000000 - 4000000].
Pada abad 20 ni, bencana ni telah memakan angka korban yang paling ramai. Sungai tersebut digelar“China’s sorrow” kerana telah mengorbankan banyak nyawa. Mereka yang tekorban adalah disebabkan tengggelam dan lemas, penyakit, kelaparan, dan kekeringan. 

2. Banjir Sungai Kuning – 1887, Cina [Korban: 900000 - 2000000]
Di China banyak wilayah yang ditenggelami banjir Sungai Kuning (Huang he), banjir Sungai Kuning 1887 mengorbankan antara 900.000-2.000.000 orang. Ini merupakan salah satu bencana alam yang paling banyak memakan korban yang pernah tercatat dalam sejarah (itu yang tercatat, yang tak tercatat tak dikira ha). Pada tahun 1887 tersebut, paras air laut yang naik beserta hujan lebat yang tidak berhenti, kawasan utara China seluas 50000 km persegi habis ditenggelami air.

3.Ribut siklon Bhola – 1970, Bangladesh [Korban: 500000 - 1000000]
Telah melanda Pakistan Timur (sekarang Bangladesh) pada 12 November, 1970. Ia telah mengorbankan sekitar 500000 ke 1000000 nyawa manusia sejagat terutamanya kawasan yang lebih rendah dari pulau-pulau Delta Ganges. Pemerintah Pakistan yang telah dikritik hebat baik oleh para pemimpin politik tempatan di Pakistan Timur dan di media antarabangsa kerana kejahilannya menangani situasi kesan dari tragedi itu.

4. Gempa bumi Shaanxi – 1556, China [Korban: 830000]
tahun 1556 gempa bumi Shaanxi atau gempa Hua County adalah gempa bumi terbanyak memakan korban yang pernah tercatat, meragut sekitar 830.000 nyawa. Tragedi ini berlaku pada pagi 23 Januari 1556 di Shaanxi, Cina. 520 km persegi kawasan telah hancur. Berdasarkan data geologi, gempa tersebut direkodkan 8 scala righter merupakan gempa bumi yang paling banyak meragut nyawa dan bencana alam ke-5 terbanyak meragut nyawa. Gempa susulan terjadi beberapa kali dalam sebulan dalam setengah tahun.

5. Ribut Siklon India- 1839, India [Korban: 300.000 +]
Pada tahun 1839, gelombang air pasang besar disebabkan oleh Siklon, menghancurkan puluhan pelabuhan di kota Coringa, 20.000 kapal telah musnah dan 300.000 nyawa manusia melayang. Ini bukan bencana pertama di Coringa. Sebelum ini telah dicatatkan banyak bencana telah berlaku dan mengorbankan ramai umat manusia.

6.Banjir Kaifeng – 1642, China [Korban: 300000]
Kaifeng, sebuah bandar di Henan timur, People’s Republic of China, yang terletak di sepanjang selatan dari Sungai Kuning, adalah banjir angkara tentera Ming yang menggunakan air dari Sungai Kuning untuk mehalang pemberontakan petani dari Li Zicheng. Kira-kira setengah dari 600.000 penduduk Kaifeng terbunuh akibat banjir dan bencana kelaparan membuatkannya menjadi salah satu penyebab kematian terbesar dalam sejarah.

7. Gempa Bumi Tangshan – 1976, China [Korban: 242000]
Gempa bumi Tangshan merupakan salah satu gempa bumi terdasyat pada zaman moden,. Pusat gempa  adalah di Tangshan di Hebei, Cina, sebuah kota industri dengan sekitar satu juta penduduk. Ia terjadi pada 03:42:53.8 pagi waktu tempatan (1976 27 Julai 19:42:53.8 UTC), dan bberlaku selama 15 saat Pemerintah China merekodkan kekuatannya adalah 7.8 pada skala Richter, meskipun beberapa sumber berkelayakan mencatatkan 8.2.

8. Empangan Banqiao Pecah – 1975, China [Korban: 231000]
Empangan bang1iao dirancang untuk menahan banjir(306 mm (12 inci) curahan hujan per hari). Pada bulan Ogos tahun 1975, terjadi banjir, lebih dari satu tahun curahan hujan dalam 24 jam, empangan itu tidak mampu lagi menampung takungan air. Akibatnya sebuah gelombang besar, 10 kilometer (6 mil) luas, 3-7 meter (9-23 kaki) tinggi, melanda dengan 50 kilometer per jam (31 mph ) di puluhan daerah seluas12.000 km ² (4.600 mil persegi).

9. Gempa bumi Lautan Hindi – 2004, Lautan Hindi [Korban: 230000]
tahun 2004 gempa bumi di Lautan Hindi yang dikenal oleh masyarakat ilmiah sebagai gempa bumi Sumatera-Andaman, terjadi pada 00:58:53 UTC (07:58:53 waktu tempatan) 26 Desember 2004, dengan pusat gempa bumi di bagian pantai barat Sumatera, Indonesia. Gempa menyebabkan beberapa tsunami di sepanjang pantai Lautan Hindi, yang mengorbankan masyarakat di persisir pantai terutamanya di Indonesia.Kekuatan gempa adalah 9.0, namun telah meningkat menjadi 9.1 dan 9.3 dan merupakan gempa kedua terbesaryang pernah direkodkan pada seismograf. Ia menyebabkan seluruh dunia turut bergetar sebanyak setengah inci, atau lebih dari satu sentimeter.

10. Gempa bumi Aleppo – 1138, Syria [Korban: 230000]
Aleppo terletak di sepanjang bahagian utara Laut Mati, yang merupakan batas lempengan yang memisahkan Arab plat from the african plat. Gempa bumi ini adalah pertama dari dua konsekuensi dari gempa bumi hebat di wilayah itu: Oktober 1138 hingga Jun 1139 dan yang lebih berat dari serangkaian September 1156 sampai Mei 1159.