Wednesday, November 12, 2014

Tips mengelak daripada digigit anjing

TIPS MENGELAK DARIPADA DIGIGIT ANJING

 

1.       JANGAN LARI.

Apabila kita dikejar oleh anjing, sudah pasti kita akan berasa takut dan gementar. Jadi, secara automatik kita akan lari, dan lebih teruk lagi sambil menjerit kerasukan. Bahasa tubuh tadi membawa maksud yang sama kepada semua anjing, iaitu, KEJAR! Samada anjing jinak atau anjing liar, apabila kita lari mereka pasti kejar. Semua anjing bersifat pemburu dan pengejar. Jadi perkara pertama yang anda harus lakukan apabila disalak atau dikejar anjing, JANGAN LARI! Anda perlu berpaling sedikit dari mukanya, berpura-pura tidak mengendahkannya, tetapi awas, JANGAN membelakanginya.

 

2.       KEKALKAN TANGAN KE BAWAH

Jangan sesekali angkat tangan samada mengacah atau mengacukan apa-apa senjata kepadanya kerana anjing tersebut akan berasa terancam. Kita selalu dengar berpura-pura mengambil batu atau kayu atau apa-apa sahaja yang boleh dijadikan senjata akan menyebabkan anjing tersebut melarikan diri daripada anda. Benar! Akan tetapi, jika anjing tersebut adalah seekor anjing yang sangat ganas, ia hanya akan berhenti seketika, dan teruskan salakannya. Memang benar berpura-pura mengancamnya sebenarnya sangat berkesan, tetapi ia boleh jadi sangat mengancam. Jadi, mengambil langkah selamat adalah pilihan yang baik. Jangan pandang tepat ke matanya, berpaling sedikit ke sisi, berpura-pura tidak mengendahkan tetapi dalam keadaan berjaga-jaga.

 

3.       MENJAUHI SECARA PERLAHAN DAN LANCAR

Biasanya setelah beberapa ketika anjing tersebut menghampiri dan menyalak kepada anda, ia akan menjadi semakin kurang minat dan mengurangkan kekerapan salakannya. Oleh itu, anda boleh berjalan secara perlahan menjauhinya samada berjalan secara sisi ataupun berundur. Sekali lagi, jangan berjalan membelakanginya!

 

4.       BERTINDAK

Jika anjing tersebut masih menyerang anda, hulurkan apa sahaja kepadanya, beg tangan, jeket, dan sebagainya untuk digigit.. Jangan pedulikan tentang barang-barang anda, keselamatan anda lebih penting. Pada ketika ini, cuba sedaya-upaya untuk meletakkan sesuatu antara anda dan anjing itu. Capai apa sahaja yang boleh dijadikan senjata supaya ia melarikan diri. Kayu, batu dan sebagainya.

Sunday, September 28, 2014

Professor dan Anak Kapal

Seorang professor dan seorang anak kapal, berlayar menaiki sebuah kapal la senang kata..

Ketika sudah jauh berlayar, prof tersebut bertanya kepada si anak kapal:
“kau tahu tak apa itu Biology, Ecology, Zoology, Geography, dan
physiology?

Si anak kapal tidaklah dapat menjawab kesemuanya seperti diduga..

Professor: Apa benda dalam dunia ni yang kau tahu selain makan dan tidur? Bodoh..keberet..

Setelah sekian lama, ditakdirkan kapal itu bocor dan bakal karam...
Tiba masanya si anak kapal menyoal professor itu pula..

"Prof, kau tahu tak apa itu swiminology & escapology daripada
sharkology?"

Professor itu tercengang menyerlahkan kebodohannya pula...

Anak kapal: “lepas ni, sharkology & crocodilogy akan makan kau punya assology, headology... dan kau akan dieology sebab mouthology kau.

Sekian...

Thursday, June 5, 2014

7 fakta berbahaya selepas makan

7 fakta Berbahaya selepas makan 

1. Jangan merokok
-Eksperimen dari pakar membuktikan bahawa kesan merokok selepas makan adalah sama dengan merokok 10 batang rokok (kemungkinan kanser lebih tinggi).

2. Jangan makan buah-buahan serta-merta 
-Apabila anda makan buah-buahan sebaik sahaja selepas makan, ia akan terperangkap di dalam perut bersama kandungan makanan itu dan merosakkannya sekaligus membahayakan perut. Oleh itu, adalah disyorkan bahawa makan buah-buahan sekurang-kurangnya satu jam selepas makan atau sebelum makan dan sebaik-baiknya pada waktu pagi dengan perut kosong supaya badan kita boleh menggunakan nutrien dalam buah-buahan dan mendapatkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari.

3. Jangan minum teh 
- Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan akan menjadi keras dan menyebabkannya sukar dihadam. Maka, adalah disyorkan supaya meminum teh sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan.

4. Jangan melonggarkan tali pinggang 
- makan hanya setakat yang anda boleh selesa tanpa melonggarkan tali pinggang anda. Jika anda melonggarkan tali pinggang, anda akan rasa selesa dan boleh makan lagi. Jadi jika tali pinggang anda ketat, anda makan sekadar yang cukup, tanpa terlebih makan.

5. Jangan Mandi 
- Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki, dan badan, yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut berkurang lalu melemahkan sistem penghadaman.

6. Jangan berjalan 
- Berjalan secara langsung selepas makan adalah idea yang teruk, ia boleh menyebabkan "acid reflux" dan senak! Walaubagaimanapun, berjalan kira-kira setengah jam selepas makan, kira-kira 20-30 minit adalah sangat baik untuk mencegah masalah perut.

7. Jangan tidur serta-merta
- Makanan tidak akan dapat dicerna dengan betul. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gastrik & jangkitan di dalam usus.

Like us on facebook: Tiga Mata