Monday, December 5, 2011

APa ADa dISEbaLIK JARi KitA

Mari ketahui maksud di sebalik jari kita yang lima.
jari yang normal mesti ada lima kan,so meh kite amek tahu maksud ataupun rahsia nya 1 per 1 ye saudara/saudari..

Lihat dan tenung sedalam-dalam tidak jari kita yang lima ni,sebelum 2 luruskan la dulu agar sempurna tenungan nye..apa agak2 maksudnye..em saudara/saudari ia membawa maksud kewajipan solat 5 waktu jangan di abaikan.

Kemudian tengok bermula dari jari kelingking kita yang kecil dan kerdil tetapi comel,seperti manusia dan apa sahaja kehidupan serta benda2 akan bermula daripada yang kecil pastu naik sikit besar nya kemudian terus membesar.maksud tersirat dari yang tersurat dari bahagian jari ini ialah  agar kita manusia menyedari itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada yang kecil.sama la mcm pepatah ni "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".

Beralih pula kepada jari kedua kita,jari manis nama nya.Begitu melambangkan manisnya dengan usia remaja .JaRi nya di perlihat begitu comel mulus dan manis apatah lagi jika telah di sarungkan sebentuk cincin bertakhta berlian...fuhh bangga x terkira.Jari kedua ni mperjelaskan bahawa alam remaja telah menjengah diri.so,sudah tentu pada usia ini mereka yang di namakan remaja akan sentiasa di datangkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang berbagai size nya.Di sini memerlukan iman dan takwa sebagai penunjuk jalan kebenaran.semoga remaja terpelihara..amin

Jari ketiga pula ialah jari yang paling tinggi iaitu di beri nama  jari hantu.Pada tahap ini,zaman remaja telah ditinggalkan menjadi kenangan,alam dewasa kuasai diri.Lingkungan umur alam dewasa ini ialah pada peringkat 30-an,pada tahap ini seorang itu telah mempunyai status,identiti ,personaliti,ekonomi serta kerjaya yang kukuh  teguh dan mantop!namun anda anda dan anda mestilah berhati-hati kerana di kala ini tersangat lah banyak "hantu-hantu Pengacau"yang akan datang untuk menggoda.Mcam hantu ada pada ketika ni,hantu hasad,hantu ego,hantu tamak,hantu iri..haisshh beribu2 hantu la lagi.Semuanya terpulang pada empunya diri, jikalau gagal kawal emosi maka terjerumus lah ke perangkap nafsu yang bertuan kan syaitan.justeru itu,amal ibadat mesti lah kerap di topup dan di lipat gandakan dari semasa ke semasa.


 Lihat pula kepada jari keempat kita iaitu jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

 Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka saudara/ipatuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" mahupun "great" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.




P/s:) then now, cuba lihat sekali lagi jari saudara/saudari yang kelima. 
Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kalian sekarang..?



































No comments:

Post a Comment