Thursday, December 8, 2011

''LANGKAWI PERMATA kEDAH"


Pulau Langkawi atau nama rasmi nya "Langkawi permata kedah" telah di angkat nama nya untuk di letak kan sebaris dengan pulau terkemuka dunia seperti Seychelles,Mauritius,Bali,Hawaii dan Maldives.Dan sekarang ni Pulau ni sedang dalam perlaksanaan program pembangunan Langkawi bagi tempoh 2011-2015,justerpulau ni juga dalam usaha melaksanakan penjenamaan yang kuat dalam memperkenalkan alam semulajadi nya yang hebat.



Ni serba sedikit info pasal Pulau Langkawi,

Perkataan Langkawi ni terhasil dari perkataan Lang dan kawi Yg membawa maksud helang coklat dan batu..Sebab itu lah ada tersergam indah monumen gergasi burung helang coklat memegang batu mangan di Langkawi.

Tarikan utama pelancong ke langkawi adalah kerana pasir pantai nya yang putih bersih dan mempunyai air sejernih kristal.Pulau Langkawi ini juga Unik kerana mempunyai cerita legenda nya yg tersendiri.Oleh sebab itupulau ni turut dikenali sebagai Pulau lagenda.

Pulau ni juga adalah Zon bebas cukai,semua barang-barang yang di jual kat pulau Langkawi ni dikecualikan cukai,so memng murah la kan.Pulau Langkawi ni Boleh lah di kira sebagai syurga bagi kaki-kaki 'shopping' tu.






lihatlah sangat cantik kan pulau kebanggaan malaysia ni :)

  Floating settlements of fishing huts on water.\



No comments:

Post a Comment