Friday, December 2, 2011

Pulau Bora Bora

Bora Bora adalah sebuah pulau dalam kumpulan di bawah angin (Leeward) Kepulauan Society Polinesia Perancis, kolektiviti seberang laut Perancis di Lautan Pasifik.Nama asal pulau ini dalam bahasa Tahitian diterjemahkan sebagai Pora Pora, yang bermaksud "kelahiran pertama". Di dalam transkripsi awal yang terdapat dalam catatan abad ke-18 dan ke-19, pulau ini dikenali sebagai Bolabolla atau Bollabolla. Pulau yang terletak kira-kira 230 kilometer (140 batu) barat laut Papeete ini dikelilingi oleh lagun dan tebing karang. Di tengah-tengah pulau itu adalah sisa-sisa gunung berapi yang telah mati dan membentuk dua puncak gunung iaitu Gunung Pahia dan Gunung Otemanu, dimana puncak tertinggi pada 727 meter (2385 kaki).
Bora Bora adalah destinasi pelancongan antarabangsa yang utama, terkenal dengan aqua-centric resort mewah. Pulau ini terdapat sebuah lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Bora Bora di Motu toffee di utara, dengan 'Air Tahiti' menyediakan penerbangan harian dan dari Papeete di Tahiti. 

Lihatlah keindahan Pulau Bora Bora ini





















No comments:

Post a Comment