Thursday, December 22, 2011

Game Yang mengancam Akidah


Dipetik dari The Brunei Times..

DEVIL May Cry 3, Clive Barker's undying, Zack & Wiki Quest for Barbados Treasure, Prince of Persia, Stronghold Crusader Extreme dan Guitar Hero 3 Legends of Rock wujud dalam pelbagai permainan video yang disifatkan mengandungi unsur-unsur menghina Islam, kata seorang wakil dari Pusat Dakwah Islam.Pemain yang merupakan pelajar, remaja dan kanak-kanak, mungkin tidak sedar bahawa terdapat beberapa elemen dalam permainan video tersebut yang menghina Islam, kata Ustaz Alihassan Mohd Said.
Sebagai contoh, permainan video Devil May Cry 3 mengandungi imej "kalimah Allah" (perkataan Allah) dan Ka'abah di mana pemain perlu melawan Syaitan (dajal-dajal) yang bersembunyi di sebalik 12 pintu sebelum sampai kepada pemimpin di pintu terakhir di mana menyerupai pintu Kaabah yang suci dan diukir dengan "kalimah Allah"."Para pemain mungkin tidak menyedari perkara ini, dan tidak tahu bahawa ini bercanggah dengan aqidah (kepercayaan). Mereka mungkin berfikir bahawa ini tidak bercanggah dengan akidah kita," katanya.Ia membawa implikasi yang negatif pada masa akan datang, katanya. "Individu itu mungkin terjejas oleh hakikat bahawa Islam boleh dipermainkan oleh sesiapa," tegas Ustaz Alihassan.Beliau berkata lebih banyak permainan, buku dan filem telah diharamkan tetapi ada yang berjaya lepas kepada umum.
Ibu bapa mesti sedar tentang isu ini. "Itulah sebabnya mengapa kita perlu untuk menitikberatkan perkara ini," kata Ustaz Alihassan.




Ini pendapat saya la.. perkara ni sepatutnya ibu bapa perlu ambil berat.. jangan kerana terlalu sibuk bekerja, perkara seperti ini terlepas pandang.. walau apa pun harga yang perlu dibayar, berjuanglah demi maruah agama kita yang semakin goyah hari ini..










No comments:

Post a Comment