Friday, December 2, 2011

Ikan Singa (Lionfish)

Pterois merupakan sejenis ikan laut berbisa, kebanyakannya ditemui di Indo-Pasifik. Ia juga dikenali sebagai lionfish. Ikan Pterois ini mempunyai jalur merah, putih dan hitam, sirip dada yang menonjol dan sinar sirip (fin rays) berduri dan berbisa. Pterois dikelaskan kepada lima belas spesies yang berbeza, tetapi Pterois Radiata dan Pterois Volitans dan Pterois Miles merupakan Pterois yang paling biasa dikaji. Pterois merupakan ikan akuarium yang popular dan sering juga digunakan dalam masakan. Pada pertengahan tahun 1990an, spesies volitans dan Miles diperkenalkan secara tidak sengaja ke dalam Lautan Atlantik dan telah menjadi spesies invasif disepanjang Pantai Timur Amerika Syarikat.


Lionfish dikenali kerana sinar sirip berbisa mereka di mana jarang ditemui di kalangan ikan laut di terumbu karang Pantai Timur. Potensi racun ikan ini menjadikannya pemangsa yang sangat merbahaya kepada nelayan dan penyelam. Racunnya menghasilkan inotropic negatif dan kesan chronotropic apabila diuji keatas hati katak dan kerang. Hasil ujian ke atas arnab juga menghasilkan kesan yang teruk pada tekanan darah arnab. Pada manusia, racun Ikan Pterois ini boleh menyebabkan kesan sistemik seperti muntah-muntah, demam dan berpeluh dan telah membawa maut dalam beberapa kes.


Walaupun cantik ia merBAHAYA!





No comments:

Post a Comment