Friday, December 2, 2011

Pasir Gogok

Kampung Pasir Gogok letaknya di daerah Kota Tinggi, Johor darul Takzim.. Tidak ramai yang tahu tentang kampung ini memandangkan lokasinya yang jauh dari kampung2 lain...Kalau di Johor bila sebut Felda Adela, pasti ramai yang tahu, tapi bila sebut Kg. Pasir Gogok, ramai yang blur2.. Walhal Felda Adela boleh diibaratkan pekan terdekat dengan Kg. Pasir Gogok ni...  Penduduknya juga tidaklah begitu ramai.. Lokasinya diantara Felda Adela dan Tanjung Belungkor dimana Tanjung belungkor tempat letaknya terminal feri.. Jarak dari Felda Adela ke Kg. Pasir Gogok adalah lebih kurang 20km.. jalannya lengang je... tak banyak kereta.. 

Apa yang menariknya, Kg. Pasir Gogok ini letaknya di tepi laut... Berpantaikan lumpur paya bakau... sangat cantik tempatnya... Jika musim air surut jauh, penduduk di situ menjalankan aktiviti mencari kepah, siput, lokan, gonggong, kima, kilah, borin, dan sebagainya makanan laut yang sungguh mencairkan air liur (sedap sangat la senang kata), di persisiran lautnya yang memukau saujana mata...

Di kampung ini juga terdapat banyak kelong... so, kalau nak carik ikan murah2, datang la kat kampung ni.. memang gerenti murah... Segar dan gemuk...

Sebagai anak Kg. Pasir Gogok, apa yang sangat saya gemari tentang kampung ini adalah keindahan 'sunset' dan 'sunrise' atau pon matahari  tenggelam dan matahari terbit.... Ia menjadi begitu indah kerana terdapat beberapa pulau di tengah lautnya yang menjadi subjek kepada pancaran cahaya matahari tersebut...

Cuba lihat beberapa gambar di sekitar Kg. Pasir Gogok















No comments:

Post a Comment