Saturday, December 10, 2011

MARAH-2??

MARAH?? apa yang anda anda dan anda rase?bez kan.. tp mesti x suke kena marah...sebabnya akan menyakitkan hati pastu sentap la sampai lubuk hati yang paling dalam...errrr benci rasa rasa ni semua.Marah ni perasaan,tp law asyik marah mahupun sekali marah berhamburan kata2 nista  jadi mainan syaitan,maka bgembira la syaitan dapat kawan baru kan.(ishhh2)...dapat di simpulkan kat sini MARAH itu is not Good atau kata bahasa jiwa bangsa nya x bagus..dan marah ni bole wat sistem perjalanan darah kita ni x stabil. sangat x bgus kan?..... 

             So,kat penulisan ni di sertakan beberapa cara terbaik untuk meredakan / mangatasi perasaan marah,antaranya ialah :

 PERTAMA Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan    segala perlakuan dan sikap biadab kita.

KEDUA Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

KETIGA Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.


KEEMPAT  Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.


KELIMA Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya
lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

KEENAM Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas
                    Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

KETUJUH Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.


KELAPAN Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangUN daripada tidur.


KESEMBILAN  Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan
                           kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Senantiasa ingat ni k :)
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. So mcm tu lah
orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. 
Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang….^___^




No comments:

Post a Comment